CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 28, 2011

: FAKTA ATAU AUTA??? :

Assalamualaikum wbt....
Memang bosan pun Anis hari nie...tak tahu nak buat apa sebab semua roomate ada kelas... so, kebetulan tgh ada waktu lapang nie,terpikir nak coretkan somethings bagi kowang semua baca...

 “Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran disisisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) “Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..” Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah  hubungan yang sangat mulia kerana sahabat berperanan dalam membentuk personaliti seseorang individu. Ada sahabat yang sanggup menghulurkan tangan ketika kita susah dan menjadi peneman di saat kita sedang berduka. Namun, tidak kurang juga sahabat yang hanya tahu menumpang kesenangan di atas sahabat yang lain. Bila sekali kita jatuh, jangankan hendak menghulurkan tangan, memandang wajah kita jauh sekali. Anis yakin, bukan sahabat jenis ini yang kita semua mahukan. Sahabat? Apa itu sahabat?. Ada orang kata sahabat itu macam bulu tangkis, belum main dipegang, bila main dipukul. Ada juga orang kata sahabat itu diiibaratkan macam bola ragbi, belum dapat direbut, dah dapat dilindung dan dijaga. Apa pun maknanya, pada Anis seorang sahabat itu amat sukar dicari, lebih sukar ditinggalkan, dan mustahil dilupakan, seorang sahabat yang sanggup berkongsi suka duka dan menyelami perasaan sahabatnya yang lain, menghulurkan tangan di kala kita memerlukan pertolongan dan bantuan. Berbeza dengan istilah kawan, bergantung kepada individu untuk mendefinisikannya, tetapi bagi Anis seorang kawan tidak ada yang istimewa, hanya sesuai untuk dijadikan tempat berborak dan biasanya kawan untuk bergembira lebih ramai daripada kawan berduka. :)
Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: ”Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti ; jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu; jika engkau rapatkan persahabatan dengannnya, dia akan membalas balik persahabatan kamu; jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu; jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan  baik; jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu. “Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya; jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya; jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu; jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu; jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu; jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; jika kamu berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan; dia membantu menunaikan tanggugjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat; dan yang terakhir sekali ialah dia mendorongmu dalam mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.
“Pernahkah sahabat kowang menikam kowang daripada belakang?. Apakah perasaan kowang ketika itu? Adakah marah, pedih, perit, benci atau dendam bermaharajalela di dalam hati kowang?. Daripada apa yang Anis faham, tikam belakang ini merupakan satu tingkahlaku di mana seorang sahabat bermuka-muka depan sahabatnya yang lain. Sebagai contoh, depan kita segala-galanya baik, manis tetapi di belakang kita, dialah gunting dalam lipatan. Segala rahsia dan amanah yang kita kongsikan bersama dengannya, habis dijaja kepada orang lain dan yang lebih menakutkan apabila ianya melibatkan maruah kita. Perbuatan seperti ini tidak memberi manfaat malah lebih memburukkan keadaan kedua belah pihak dan juga masyarakat sekeliling yang telah mengetahui perkara sedemikian. Secara tidak langsung, pihak yang telah ditikam belakang itu tadi akan merasa ditindas, dianiayai dan dimalukan oleh sahabat sendiri. Tikam belakang biasanya terjadi apabila seseorang itu menyimpan perasaan iri hati terhadap orang lain, tidak berasa senang dengan apa yang mereka ada, cemburu dan dengki di atas kejayaan orang lain.
Dalam urusan perniagaan pula, seseorang itu sanggup menikam sahabat mereka demi untuk mencapai apa yang diingininya, menjatuhkan sahabat sendiri dan mentertawakan mereka setelah berada di puncak. Selain itu juga, bagi mereka yang menyimpan dendam terhadap seseorang mungkin menjadi salah satu punca tikam belakang berlaku dalam persahabatan. Demi kerana dendam yang tidak berbalas, individu ini sanggup mengambil jalan mudah untuk menganiaya sahabat sendiri sekalipun bersahabat selama bertahun-tahun.  Akibat daripada insiden tersebut, hubungan individu dengan sahabatnya akan menjadi renggang seterusnya menjadi penghalang untuk mereka kembali menjadi intim. Keadaan ini akan berterusan, mungkin untuk sebulan, setahun atau mungkin selama-lamanya, bergantung kepada mereka yang mengalaminya dan sejauh mana kekuatan diri mereka dapat bertahan.
Adakalanya, mereka yang pernah ditikam belakang ini akan menyimpan perasaan dendam sekalipun mereka telah memaafkan individu yang menganiaya mereka. Ini kerana, bukan mudah bagi mereka untuk melupakan apa yang telah diperlakukan ke atas mereka lebih lagi jika ianya melibatkan maruah mereka yang telah tercalar dan diketahui oleh umum. Oleh itu, berwaspadalah bila kowang berbicara kerana kowang tidak sedar adakalanya kowang membuka cerita orang lain sehingga boleh mendatangkan aib pada individu yang terbabit. 
Kesudahannya, apa yang Anis tulis adalah apa yang Anis rasa...jikalau kowang rasa tidak setuju, itu terpulang kepada kowang sebab setiap orang boleh memberi pendapat...s0, fikir2kan laaaaa:)

Monday, February 14, 2011

: 100 CIUMAN :

Alkisahnyer bermula semalam tiba2 sakit Anis dtg blik...Perggghhh,mmg sakit gler laaaa,dah laaa ubat tinggal kat umah(saja tinggal)...so anis malas nak join dak2 ngan aktiviti2 dowg....anis duk baring2 jer atas katil sambil baca sebuah buku(bukan buku pelajaran mmg rjin)....tgah2 baca ni, tiba2 jmpe satu cerita yg agk mnarik perhatian anis...mula2 bce excited gak laaa coz tajuk dia "100 CIUMAN' mcm gempak and best jer...kihkihkihkih..so anis nak kongsi laaa ngan korg...:)




"100 CIUMAN SAYANG"

Rahman susah hati. Syarikatnya mula mengalami kerugian. Dia mula pening memikirkan bagaimana hendak menghantar duit ke kampung untuk belanja isteri dan anak-anaknya. Akhirnya Rahman mendapat satu idea dan mengirimkan sepucuk surat kepada isterinya.

Isteriku Leha Sayang....
Maafkan abang sayang, bulan ini abang tak dapat menghantar duit belanja untuk sayang dan anak-anak sebab bisnes abang merundum...tapi abang hanya mampu kirim 100 ciuman untuk sayang..


Yang Mencintai sayang,
ABANG

Seminggu kemudian, Rahman menerima surat balasan dari isterinya Leha....

Abang Sayang,
Terima kasih di atas kiriman 100 ciuman abang itu. Leha amat menghargainya. Untuk bulan ini, Leha berbelanja begitu berhemah. Berikut adalah perbelanjaan Leha untuk tatapan abang.

  1. Kedai runcit Pak Hashim sedia menerima 2 ciuman sayang untuk beli 5 liter minyak masak.
  2. Tukang baiki paip sedia menerima 4 ciuman sayang untuk baiki singki bocor.
  3. Tukang buat rumah sedia terima 3 ciuman sayang setiap hari.
  4. Linggam karpet tidak mahu terima ciuman tetapi mahu dibayar dengan benda lain, terpaksa sayang turutkan untuk jimatkan blnje.
  5. Guru tuisyen along sedia terima 3 ciuman, guru angah pun 3ciuman dan guru adik 12 ciuman.(sebab adik kena dapat perhatian lebih)
  6. Sayang juga bertemu dengan orang kaya Bakar untuk tukarkan 20 ciuman sayang dengan wang sebanyak RM100. Terima kasih abang di atas ciuman yang amat berharga itu. Sayang rasa sangat kaya bulan ini. Semua perbelanjaan tersangat la mewah. Sayang harap bulan depan abang akan kirim lebih banyak ciuman untuk sayang. Oh ya! sayang masih ada baki ciuman abang sebanyak 56 kali. Abang rasa patutkah sayang tukar perabot baru ataupun simpan saja ciuman itu??
Dari Sayang Abang, 
LEHA

P/S : So pe pendapat kowang dari cerita nie??? Anis tahu gelak jer....




Wednesday, February 9, 2011

: NEW :

: ASSALAMUALAIKUM :
Lmenyer laaa Anis x conteng2 kat blog nie kan...maklumlah bz ckit coz dah start sem baru....anis dah msuk mendaftar kan kolej 7hb ari 2....hari yg same gak trus dpt taw result exam sem lpas....alhamdulillah,result anis still lagi ok...bersyukur ngat..hilang dah debar pas dpt tgk result..kih2
pas siap dftr kolej ngan hostel, anis ikut akk blik umah dia....umah dia jauh tau...dekat New Zealend 2...best ngat2,nak2 family akk sume ramah-tamah sampai anis yang selama x reti senyap jd senyap (malu2 la kononnye)..hihihihihi

 So pejam celik pejam celik,ari nie dah ari ke2 anis start belajar kat kolej nie...bru hari kedua tp dah ada assigment...lecture x kc anis rehat2 laaa 2....hahahahahaha...anis arap sem nie anis dapat lalui ngan semua yang indah2 saja bersama ngan member2 anis yang anis sayang..dan moga anis akan jadi lebih terbaik dari sem lepas....:)

: DAAAAA :