CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, April 21, 2011

: BZ TIME!!!

Assalamualaikum wbt...
Alloww all blogger.....
Lame x mencatat something dekat belog nie....
Almaklumlah sekarang nie bz bukan men lagi...

Baru selesai test 2 bg subjek2 berikut :
Advances
Taxation 2

Minggu nie plak still menanti plak test 2 untuk subjek2 :
Business Communication
Sistem Kewangan Islam
Perundangan Perkongsian dan Syarikat

habis test2 2nanti menyusul plak :
Presentation untuk Subjek SKI
Interview untuk BICOM


p/s : Chaiyok..chaiyok...chaiyok wat Anis dan kawan2...

Saturday, April 16, 2011

: KAMU YANG AKU SAYANG

This word is come from my deep heart
and i haven't said these words to him... 
but i am sure.... 
the ONE guy knows what is deep inside..... 


buat awak yang saya sayang... 

terima kasih atas semuanya... 
memberi peluang saya menjadi seorang sahabat
dalam hidup awak... 

buat awak yg saya sayang... 
walaupun saya tiada disisi awak 
saya tetap menyayangi awak 
saya tetap selalu ingat kat awak... 

buat awak yang saya sayang.. 
saya sayang awak, 
biar pun kita jauh saya tetap sayang awak, 
biar pun kita jarang jumpe saya tetap sayang awak, 
biar pun awak mcm mane saye tetap sayang awak, 
pendek kata saya mmg sayangkan awak... 

buat awak yang saya sayang... 
walaupun awak hanya insan biasa,
tapi bagi saya awak tetap seorang istimewa.. 

buat awak yang paling saya sayang... 
terima kasih kerana sentiasa sabar ngan sikap saya,
walaupun kadang2 awak rasa nak marah saya.. 

buat awak yang paling saya kasihi... 
terima kasih kerana masih memaafkan kesilapan saya,
walaupun saya ni banyak buat salah..

buat awak yang sentiasa dalam ingatan saya..... 
terima kasih kerana menjadi sahabat terbaik saya,
terima kasih...terima kasih... 
walaupun saya jarang bagitau awak yang saya sayang dan rindu pada awak,
 Tapi dalam hati saya ni selalu ingat dan sayang awak...

Sunday, April 10, 2011

: KASIH ANTARA KITA




Terciptanya kita terciptalah rasa
Tercipta cinta, tercipta rindu
Tercipta episod penuh berwarna antara kau dan aku

Terasa segalanya sempurna tanpa cela
Lihat dari hati bukannya diri
Bagai puteri menanti putera kasih antara kita

Walau dipukul kuat ombak cinta
Melayang jauh jauh seketika
Kembali kerna percayakan kita
Terasa bagai dongeng kisah asmara
Berputik kita kerna rasa
Kasih yang tercipta antara kita

Terciptanya kita terciptanya rasa
Tercipta cinta, tercipta rindu
Terasa semuanya sementara sumpahan antara kita
Walau dipukul kuat ombak cinta
Melayang jauh seketika
Kembali kerna percayakan kita
Terasa bagai dongeng kisah asmara
Berputik kita kerna rasa
Kasih yang tercipta

Oh dugaan berdua tiada beza
Oh dari mana datangnya sentiasa
Kabur tiada dapat kita menghalangnya
Kasih…

Walau dipukul kuat ombak cinta
Melayang jauh seketika
Kembali kerna percayakan kita
Terasa bagai dongeng kisah asmara
Berputik kita kerna rasa
Kasih yang tercipta antara kita

Terciptanya kita terciptalah rasa
tercipta cinta, tercipta rindu

Sunday, March 27, 2011

: 6 REASON WHY SINGLE IS SWEET???

Assalamualaikum WBT...
hai kwn2 semua...
SINGLE???kwn2 Anis selalu tanya ko dah berpunye lom...dan jawapan yang paling terbaik yang selalu Anis kasi adalah Anis SINGLE not SINGLET..huhuhu..nak taw npe Anis SINGLE sampai sekarang???Check reasons kat bawah nie:


1. Bebas dan berdikari
Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.

2. Jadi rakan yang baik
Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah
Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.

4. Kuat keuntungan dengan part-time
Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.

5. Jimat kos
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boelh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.

6. Kurang beban tanggungjawab
Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapabya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda


P/S: kawan2 rase???:))

Saturday, March 26, 2011

: MESTI BACA :


Alloww U all..... 
Today Anis ada story mnarik untuk bagi U all semua baca xspcially wat kaum gurlz2 yang dah punya pacar 2...so checkup list kat bawah about tanda-tanda seorang guys jatuh cinta dengan gurlz...mne taw terkena batang hidung sendiri..:)
Love 1Dia bersungguh-sunguh melakukan sesuatu demi kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa. 
Love  2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap. 
Love  3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya. 
Love  4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
Love  5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya. 
Love  6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
Love  7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya. 
Love  8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. 
Love  9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain. 
Love  10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja. 
Love  11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya. 
Love  12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama. 
Love  13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya. 
Love  14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri. 
Love  15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya. 
Love  16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya. 
Love  17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar. (agak-agak kalau kena tunggu 5 jam nek hangin ke tak? )
Love  18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain. 
Love  19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya. 
Love  20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. 
Love  21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri. (Aku tak sanggup gadai nyawa aku icon wink Tanda Seorang Lelaki Jatuh Cinta ( Love Power) )
Love  22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. 
Love  23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.
p/s: so gurlz, what do u think???

Monday, February 28, 2011

: FAKTA ATAU AUTA??? :

Assalamualaikum wbt....
Memang bosan pun Anis hari nie...tak tahu nak buat apa sebab semua roomate ada kelas... so, kebetulan tgh ada waktu lapang nie,terpikir nak coretkan somethings bagi kowang semua baca...

 “Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran disisisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) “Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..” Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah  hubungan yang sangat mulia kerana sahabat berperanan dalam membentuk personaliti seseorang individu. Ada sahabat yang sanggup menghulurkan tangan ketika kita susah dan menjadi peneman di saat kita sedang berduka. Namun, tidak kurang juga sahabat yang hanya tahu menumpang kesenangan di atas sahabat yang lain. Bila sekali kita jatuh, jangankan hendak menghulurkan tangan, memandang wajah kita jauh sekali. Anis yakin, bukan sahabat jenis ini yang kita semua mahukan. Sahabat? Apa itu sahabat?. Ada orang kata sahabat itu macam bulu tangkis, belum main dipegang, bila main dipukul. Ada juga orang kata sahabat itu diiibaratkan macam bola ragbi, belum dapat direbut, dah dapat dilindung dan dijaga. Apa pun maknanya, pada Anis seorang sahabat itu amat sukar dicari, lebih sukar ditinggalkan, dan mustahil dilupakan, seorang sahabat yang sanggup berkongsi suka duka dan menyelami perasaan sahabatnya yang lain, menghulurkan tangan di kala kita memerlukan pertolongan dan bantuan. Berbeza dengan istilah kawan, bergantung kepada individu untuk mendefinisikannya, tetapi bagi Anis seorang kawan tidak ada yang istimewa, hanya sesuai untuk dijadikan tempat berborak dan biasanya kawan untuk bergembira lebih ramai daripada kawan berduka. :)
Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: ”Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti ; jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu; jika engkau rapatkan persahabatan dengannnya, dia akan membalas balik persahabatan kamu; jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu; jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan  baik; jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu. “Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya; jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya; jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu; jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu; jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu; jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; jika kamu berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan; dia membantu menunaikan tanggugjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat; dan yang terakhir sekali ialah dia mendorongmu dalam mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.
“Pernahkah sahabat kowang menikam kowang daripada belakang?. Apakah perasaan kowang ketika itu? Adakah marah, pedih, perit, benci atau dendam bermaharajalela di dalam hati kowang?. Daripada apa yang Anis faham, tikam belakang ini merupakan satu tingkahlaku di mana seorang sahabat bermuka-muka depan sahabatnya yang lain. Sebagai contoh, depan kita segala-galanya baik, manis tetapi di belakang kita, dialah gunting dalam lipatan. Segala rahsia dan amanah yang kita kongsikan bersama dengannya, habis dijaja kepada orang lain dan yang lebih menakutkan apabila ianya melibatkan maruah kita. Perbuatan seperti ini tidak memberi manfaat malah lebih memburukkan keadaan kedua belah pihak dan juga masyarakat sekeliling yang telah mengetahui perkara sedemikian. Secara tidak langsung, pihak yang telah ditikam belakang itu tadi akan merasa ditindas, dianiayai dan dimalukan oleh sahabat sendiri. Tikam belakang biasanya terjadi apabila seseorang itu menyimpan perasaan iri hati terhadap orang lain, tidak berasa senang dengan apa yang mereka ada, cemburu dan dengki di atas kejayaan orang lain.
Dalam urusan perniagaan pula, seseorang itu sanggup menikam sahabat mereka demi untuk mencapai apa yang diingininya, menjatuhkan sahabat sendiri dan mentertawakan mereka setelah berada di puncak. Selain itu juga, bagi mereka yang menyimpan dendam terhadap seseorang mungkin menjadi salah satu punca tikam belakang berlaku dalam persahabatan. Demi kerana dendam yang tidak berbalas, individu ini sanggup mengambil jalan mudah untuk menganiaya sahabat sendiri sekalipun bersahabat selama bertahun-tahun.  Akibat daripada insiden tersebut, hubungan individu dengan sahabatnya akan menjadi renggang seterusnya menjadi penghalang untuk mereka kembali menjadi intim. Keadaan ini akan berterusan, mungkin untuk sebulan, setahun atau mungkin selama-lamanya, bergantung kepada mereka yang mengalaminya dan sejauh mana kekuatan diri mereka dapat bertahan.
Adakalanya, mereka yang pernah ditikam belakang ini akan menyimpan perasaan dendam sekalipun mereka telah memaafkan individu yang menganiaya mereka. Ini kerana, bukan mudah bagi mereka untuk melupakan apa yang telah diperlakukan ke atas mereka lebih lagi jika ianya melibatkan maruah mereka yang telah tercalar dan diketahui oleh umum. Oleh itu, berwaspadalah bila kowang berbicara kerana kowang tidak sedar adakalanya kowang membuka cerita orang lain sehingga boleh mendatangkan aib pada individu yang terbabit. 
Kesudahannya, apa yang Anis tulis adalah apa yang Anis rasa...jikalau kowang rasa tidak setuju, itu terpulang kepada kowang sebab setiap orang boleh memberi pendapat...s0, fikir2kan laaaaa:)

Monday, February 14, 2011

: 100 CIUMAN :

Alkisahnyer bermula semalam tiba2 sakit Anis dtg blik...Perggghhh,mmg sakit gler laaaa,dah laaa ubat tinggal kat umah(saja tinggal)...so anis malas nak join dak2 ngan aktiviti2 dowg....anis duk baring2 jer atas katil sambil baca sebuah buku(bukan buku pelajaran mmg rjin)....tgah2 baca ni, tiba2 jmpe satu cerita yg agk mnarik perhatian anis...mula2 bce excited gak laaa coz tajuk dia "100 CIUMAN' mcm gempak and best jer...kihkihkihkih..so anis nak kongsi laaa ngan korg...:)




"100 CIUMAN SAYANG"

Rahman susah hati. Syarikatnya mula mengalami kerugian. Dia mula pening memikirkan bagaimana hendak menghantar duit ke kampung untuk belanja isteri dan anak-anaknya. Akhirnya Rahman mendapat satu idea dan mengirimkan sepucuk surat kepada isterinya.

Isteriku Leha Sayang....
Maafkan abang sayang, bulan ini abang tak dapat menghantar duit belanja untuk sayang dan anak-anak sebab bisnes abang merundum...tapi abang hanya mampu kirim 100 ciuman untuk sayang..


Yang Mencintai sayang,
ABANG

Seminggu kemudian, Rahman menerima surat balasan dari isterinya Leha....

Abang Sayang,
Terima kasih di atas kiriman 100 ciuman abang itu. Leha amat menghargainya. Untuk bulan ini, Leha berbelanja begitu berhemah. Berikut adalah perbelanjaan Leha untuk tatapan abang.

  1. Kedai runcit Pak Hashim sedia menerima 2 ciuman sayang untuk beli 5 liter minyak masak.
  2. Tukang baiki paip sedia menerima 4 ciuman sayang untuk baiki singki bocor.
  3. Tukang buat rumah sedia terima 3 ciuman sayang setiap hari.
  4. Linggam karpet tidak mahu terima ciuman tetapi mahu dibayar dengan benda lain, terpaksa sayang turutkan untuk jimatkan blnje.
  5. Guru tuisyen along sedia terima 3 ciuman, guru angah pun 3ciuman dan guru adik 12 ciuman.(sebab adik kena dapat perhatian lebih)
  6. Sayang juga bertemu dengan orang kaya Bakar untuk tukarkan 20 ciuman sayang dengan wang sebanyak RM100. Terima kasih abang di atas ciuman yang amat berharga itu. Sayang rasa sangat kaya bulan ini. Semua perbelanjaan tersangat la mewah. Sayang harap bulan depan abang akan kirim lebih banyak ciuman untuk sayang. Oh ya! sayang masih ada baki ciuman abang sebanyak 56 kali. Abang rasa patutkah sayang tukar perabot baru ataupun simpan saja ciuman itu??
Dari Sayang Abang, 
LEHA

P/S : So pe pendapat kowang dari cerita nie??? Anis tahu gelak jer....




Wednesday, February 9, 2011

: NEW :

: ASSALAMUALAIKUM :
Lmenyer laaa Anis x conteng2 kat blog nie kan...maklumlah bz ckit coz dah start sem baru....anis dah msuk mendaftar kan kolej 7hb ari 2....hari yg same gak trus dpt taw result exam sem lpas....alhamdulillah,result anis still lagi ok...bersyukur ngat..hilang dah debar pas dpt tgk result..kih2
pas siap dftr kolej ngan hostel, anis ikut akk blik umah dia....umah dia jauh tau...dekat New Zealend 2...best ngat2,nak2 family akk sume ramah-tamah sampai anis yang selama x reti senyap jd senyap (malu2 la kononnye)..hihihihihi

 So pejam celik pejam celik,ari nie dah ari ke2 anis start belajar kat kolej nie...bru hari kedua tp dah ada assigment...lecture x kc anis rehat2 laaa 2....hahahahahaha...anis arap sem nie anis dapat lalui ngan semua yang indah2 saja bersama ngan member2 anis yang anis sayang..dan moga anis akan jadi lebih terbaik dari sem lepas....:)

: DAAAAA :

Sunday, January 23, 2011

: TIDAK KU SANGKA :

Hari nie hepi sangat....abah ngan mak bwk g jalan2...syok gler laaaa...Anis ngat abah btul2 ckp xmo pg wktu mak ajk ari 2....so, Anis ngan adik x prepare pape pun....tbe2 pg 2 mak kjut awal, nk kte solat subuh bru pkol 5 pg...tbe2 mak ckp cpat2 bngun, ckp mau pg jln kan....ape lg Anis ngan adik menjrit kegembiraan...yahooooo...mybe pd stengah kowg ckp alaaaaa, dah bnyk kali pg kot tp pd anis, mmg best n hepi ngat coz mak ngan abah anis nie bkn laaaa seorng yg kuat berjalan2...anis ngan adik law nak g mne2 pun msti g ngan makcik kteowg je..hehehehehehe,nmpknya mak ngan abah dah brubah skang...nak taw x Anis g mne???hehehehehe...

TARIKH : 23 JANUARI 2011
TEMPAT : CAMERON HIGHLANDS, PAHANG
AKTIVITI : JALAN2 CARI KETENANGAN

skang kan  nak g Cameron Highlands dah dekat taw...ikut Sungai koyan jer....huhuhuhu,tp anis x bwk keta aru nie coz abah anis de....watpe nk ssahkan dri kan..hahahahahha,anak yg jhat....sampai sane, kteowg trus g jln2 dekattempat2 best....antaranya Ladang Teh Boh, Bee Farm, Strawbery Farm, Bharatt Teh dan mcm2 lg laaaaa...pendek kata, habis semua ceruk kteowg g....huhuhuhu....

Nie antara pic2 yg smpat anis amek laaaa...camera x bwk coz bnde x drancang pun..huhuhuhu,



nie pic bunga2...mybe skang nie msim bunga coz bnga2 semua mekar berkembang,,,cantik ngat,hihihihihiiiii...


nie plak pic dkt taman kaktus...semua spesies anis x pnah jmpe coz bsr2 belaka...huhuhhuuuu..

pic dimana mak ngan abah wat rondaan dlm taman kaktus...nak beli kaktus untuk saudara mara dan jiran2 ker????

nie pic ladang teh milik Syarikat Teh Boh...

nie pic buah anggur...mnurut tokey ladang 2, dowh tgah try mnanam buah2 anggur coz mgikut kaji selidik yg dibuat, tanah di Cameon Highlands sesuia untuk buah anggur....so pasnie rmai lagi laaa,penganggur2 di Malaysia...hahahahahahha



nie plak pic anis ngan adik anis...sakan berposing ngan bunga2 segar...hahahahha...

Memang hari nie hepi ngat coz dpt spend time ngan family....Insyallah law de rezeki, anis nak ajk mmber2 anis g jalan2 dekat sne...


Saturday, January 22, 2011

: KAU DAN AKU :

KAU DAN AKU
memang anis suke tgk cter 2 coz ada my hero "AKIM" huhuhuhu..
tp tjuk 2 bkan nak cter sal "AKIM" or watak2 len tp cter sal somethings..somethings pling berharga dlm hidup..spe laaa anis pd ari nie law xde dowg bersama...bkn pakwe anis taw coz anis masih "SINGLE AND AVAILABLE"...dowang ni adalah kawan2 anis...

ari nie anis nak msukkan pic2 anis ngan kawan2 anis...anis mmg syg dowg nie sngat2...

kat atas nie semua adalah kawan2 anis....ada lagi yang xde dlm pic2 nie...xde dlm pic bkn bermkne kowg bkn kwn anis tp mybe kowg nie bkn gler berphoto cam anis..hehehehehe...

So, dr sebuah persahabatan akan terjalin sebuah ikatan.anis harap ikatan itu akan kekal selamanya...
I MISS U ALL DAMN MUCH...
MUAHxxx...

Tuesday, January 18, 2011

: SELAMAT TINGGAL : SELAMAT DATANG :

Npe post anis ari nie tibe2 jer "selamat tinggal"pastu plak "selamat datang"????
hehehehehehe...


Alkisah bermula kerana x sampai sebulan lagi anis bkl msuk sem 6...sem last 2 der (2 pun law sem bru ni past)..anis dah berazam nk jd yg terbaik untuk sem nie...Insyaallah,lebih baik dr thun lepas..yang pling penting,anis dah xmo ngat segala kisah sem 5...msti lu owg nk taw npe anis ckp g2 kan...


sebabnya waktu sem 5 la, anis hilang kawan...sem 5 jgak mengajar anis erti kesabaran coz mcm2 masalah timbul yang mne kwan jgak yg menkan peranan der....sem 5 jgak, anis tahu mkne persahabatan sebenar....sem 5 jgak la, persahabatan anis ngan kawan2 kne ujian yg teruk....sem 5 jgak anis dapat blik kawan anis yg dlu pnah x anggap anis kawan dah....sem 5 jgak anis knl jnis2 kawan2 yg x perlu dbuat kwn...


Mesti kowg x dpt rse pe yg anis rse...waktu anis ssah,anis kne timpa mcm2 msalah,waktu anis bru taw spe kawan yg ada waktu senang dan susah...Spe yg de kat samping anis taw pe yg berlaku...x perlu nk explain pnjang2..lgpun anis dah mls nk pkr psl apa2 yg jd waktu sem 5 2....moga2 mereka2 yg terlibat dlm segala hal yg mnimpa anis, sentiasa dilimpahi nikmat di dunia dan akhirat...anis x ksah pe bnde mereka2 nk labelkan anis dah...anis boleh terima istilah2 yg mereka2 bg anis 2 mcm2 "ank haram""banggang" n whatever lg la,huhuhuhuhu...anis bersyukur ngat gan pe yg mereka2 wat coz wat anis mkin tabah n lebih2 berhati2 dlm mempercayai org...thanx a lot mereka2!!!!
oppppssssssssssss....semuanya nie ptut anis lupekan....huhuhuhu,


So, bermula skang anis nk pkr semua yg akan berlaku, bkl berlaku sahaja...sejarah2 n memori lalu anis dah simpan dlm peti besi...huhuhuhu
anis harap dengan bermulanya sem 6 nie, bermula la satu kehidupan baru...kehidupan bersama sahabat2 yg tersayang tanpa melupakan segala nikmat yang diberikan oleh ALLAH SWT...semoga segala yg indah2 akan dinikmati oleh kita semua...AMIN

Sunday, January 16, 2011

: JALINKAN PERSAHABATAN DALAM 60 SAAT :

  1. Yakin dengan diri sendiri. Apa kata kamu mulakan dengan bercakap tenang topik-topik mudah. Dengan cara itu, pasti hubungan akan terjalin antara kamu berdua. Kamu perlu ingat, orang biasanya akan menilai dari pertama kali memandang kamu. Oleh itu, perlu kamu pastikan diri kamu sentiasa kemas bila berdampingan dengannya
  2. Jangan terlalu memilih. Cantik atau tidak, pandai atau bodoh, kawan baru kamu itu bukan menjadi persoalan. Yang penting kamu ikhlas berkawan.
  3. Sentiasa tersenyum pasti buat orang di sekeliling kamu ingin mendekati kamu. Bukan sahaja senyuman luaran yang perlu kamu ada, malah senyuman dari dalaman juga penting untuk membina sebuah hubungan persahabatan.
  4.   Terus berhubung. Jika kamu baru sahaja berkawan, jangan lupa untuk meminta nombor telefon atau alamat e-mel. Dengan cara itu, hubungan dengan kawan baru kamu itu tidak akan terputus begitu sahaja.
  5.   Bergembiralah dengan kawan baru kamu itu. Berborak sambil bergelak ketawa dapat mengeratkan hubungan kamu berdua.
  6.   Bersikap terbuka dengan kawan baru kamu itu. Kenali dirinya dengan lebihh rapat dan siapa tahu kamu boleh menjadi kawan baik.

Jadilah seorang yang kelakar kerana orang disekeliling kamu pasti berasa senang dengan kamu. Tetapi, pastikan gurauan kamu tidak sampai mengguris perasaan kawan kamu itu.