CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 16, 2011

: JALINKAN PERSAHABATAN DALAM 60 SAAT :

  1. Yakin dengan diri sendiri. Apa kata kamu mulakan dengan bercakap tenang topik-topik mudah. Dengan cara itu, pasti hubungan akan terjalin antara kamu berdua. Kamu perlu ingat, orang biasanya akan menilai dari pertama kali memandang kamu. Oleh itu, perlu kamu pastikan diri kamu sentiasa kemas bila berdampingan dengannya
  2. Jangan terlalu memilih. Cantik atau tidak, pandai atau bodoh, kawan baru kamu itu bukan menjadi persoalan. Yang penting kamu ikhlas berkawan.
  3. Sentiasa tersenyum pasti buat orang di sekeliling kamu ingin mendekati kamu. Bukan sahaja senyuman luaran yang perlu kamu ada, malah senyuman dari dalaman juga penting untuk membina sebuah hubungan persahabatan.
  4.   Terus berhubung. Jika kamu baru sahaja berkawan, jangan lupa untuk meminta nombor telefon atau alamat e-mel. Dengan cara itu, hubungan dengan kawan baru kamu itu tidak akan terputus begitu sahaja.
  5.   Bergembiralah dengan kawan baru kamu itu. Berborak sambil bergelak ketawa dapat mengeratkan hubungan kamu berdua.
  6.   Bersikap terbuka dengan kawan baru kamu itu. Kenali dirinya dengan lebihh rapat dan siapa tahu kamu boleh menjadi kawan baik.

Jadilah seorang yang kelakar kerana orang disekeliling kamu pasti berasa senang dengan kamu. Tetapi, pastikan gurauan kamu tidak sampai mengguris perasaan kawan kamu itu.

0 comments:

Post a Comment